Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH

diMeNsi Ku ~ mY diMeNsiOn v3.04

Ramai di kalangan anggota masyarakat kita terutamanya orang-orang Melayu menganggap Hang Tuah adalah legenda pahlawan Melayu. Pada hakikat sebenarnya Hang Tuah bukanlah dari keturunan Melayu sebagaimana yg disangkakan. Itulah yg bakal dihuraikan dalam artikel ini.

Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yg dibangga-banggakan. Hang Tuah sebenarnya telah diMelayukan untuk tujuan kemegahan semacam bentuk yg tercatat pada Robin Hood.

Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar bermotifkan sejarah atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan, kebijaksanaan serta kesetiaan Hang Tuah. Kisah Hang Tuah yg diagung-agungkan ini telah menenggelamkan keadaan sebenar tentang asal keturunannya.

Di kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan tentang pahlawan mereka ini, apabila penghormatan kepada pahlawan mereka mula dipersendakan dengan reaksi-reaksi melampau seperti kelihatan dalam filem Hang Tuah.

Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan secara hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan ‘bahasa jiwa bangsa’ & ‘manusia mati meninggalkan nama’. Bagaimana pula kita hendak menafikan kenyataan ‘nama menunjukkan bangsa’. Bahasa ‘nama’ merupakan identifikasi yg cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu.

Bukti yg dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah dijalankan dengan bersandarkan kepada ‘nama’ manusia untuk memperolehi jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya.

Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan Melayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yg bermula dengan ‘Hang’. Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yg bermula dengan Hang, Tan, Maa & Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China. Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran ‘Hang’ telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu juga tiada asasnya.

Mengikut kertas kerja yg dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM dengan tajuk ‘Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan,’ cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar & Mandulika.

Mengikut buku ‘Sejarah Melayu’ edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari China ini & telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat.

Perkara yg menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan ‘campur’ antara Puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera & telah diberi nama Paduka Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu & tidak pula berlaku nama ‘Paduka Hang Mamat’ sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula dengan Hang, Tan, Maa & Lee bergantung kepada suku kaum mereka & dari wilayah tertentu asal mereka.

Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula diragui kerana 4 suku kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada berbaurkan loghat bahasa Melayu.

Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yg dijalankan.

Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po.

Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan karibnya yg berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yg kekal.

Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut loghat orang Melayu tempatan & nama ini telah diterima dengan baik oleh beliau.

Perkara lain yg menarik ialah petikan kertas kerja Ong Hak Ching. Jabatan Sejarah UKM ada mengatakan bahawa Sultan Mansur Shah telah memberikan tempat kediaaman di Bukit Cina kepada puteri Hang Li Po serta 500 orang dayang-dayangnya. Anak-anak cucu mereka digelar ‘biduanda Cina’ juga bermakna golongan yg dilindungi. Sama ada yg sudah memeluk Islam atau masih memeluk agama asal mereka.

Terdapat 3 andaian secara hipotesis mengenai hal ini.

Pertama : Tidak kesemua dari anggota rombongan Puteri Hang Li Po yg memeluk agama Islam.

Kedua : Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, adalah keturunan dari rombongan puteri Hang Li Po.

Ketiga : Keempat-empat sahabat ini kemudiannya telah memeluk agama Islam tetapi mengekalkan sebutan nama mengikut loghat bahasa Melayu atas sebab-sebab tertentu, seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir & Hang Lekiu.

Hal yg lebih lanjut mengenai Hang Kasturi. Telah timbul percanggahan pendapat sejak dahulu lagi, sepertimana kajian secara hipotesis ini meragukan tentang nama sebenar Hang Kasturi. Percanggahan pendapat ini berlaku antara pengarang ‘Sejarah Melayu’ & pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ mengenai siapa sebenarnya telah menderhaka kepada Sultan Melaka.

Lembaran Hikayat Hang Tuah

Pengarang 'Sejarah Melayu' menuduh Hang Kasturi manakala pengarang 'Hikayat Hang Tuah' Pula menuduh Hang Jebat.

Pertama :Tersirat sesuatu hal yg unik & tersembunyi tentang kedua-dua tokoh pahlawan ini sehingga tidak ada satu kata sepakat di kalangan kedua pengarang serta pakar sejarah lampau.

Kedua : Pengarang ‘Sejarah Melayu’ telah menggunakan bahan dalam penulisannya secara mengambil pendapat lisan & tiada ada satu penyeledikan terperinci, kerana ia menyentuh kisah-kisah yg terlalu luas serta hal-hal yg menyeluruh.


Ketiga : Pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ adalah lebih formal kerana menggunakan semacam bentuk kajian sehingga dapat menggariskan hal-hal peribadi Hang Tuah secara lebih detail.

Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai banyak kelebihan & penulisannya tentang hal Hang Jebat yg telah menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut hukum asal. Rumusan daripada kajian yg dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yg melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu. Mengikut kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yg telah diMelayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Kita lihat bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah.

Hang Tuah adalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po yg datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang Tuah ialah Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan ini memeluk agama Islam & berkhidmat kepada Sultan Melaka. PengIslaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker & Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik ini juga bergaul rapat dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yg berbangsa Melayu. Mereka juga menggelar Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu persahabatan yg abadi.

Kelima-lima sahabat ini mula masyhur di kalangan istana apabila mereka menyelamatkan Bendahara dari serangan orang mengamuk. Mereka berlima kemudiannya memeluk agama Islam. Nama-nama mereka mengikut loghat Melayu telah tersebar dengan cepat & meluas samada di kalangan istana atau orang-orang Melaka ketika itu termasuk nama Hang Kasturi.

Tiada bantahan yg pernah dibuat ketika itu kerana masyarakat Melayu zaman itu telahpun menganggap anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po sama seperti saudara Melayu mereka. Demikianlah serba ringkas kisah Hang Tuah yg berasal daripada keturunan puteri Hang Li Po dari kajian hipotesis ini.

Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yg selama ini mereka bangga-banggakan. Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yg telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati.

Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yg selama ini mereka bangga-banggakan.Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yg telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati?

Makam Hang Tuah di Melaka









26 CommentsChronological   Reverse   Threaded
sharmcos wrote on Jul 7, '07
Bukan ke dalam Hikayat Hang Tuah disebut Hang Tuah berasal dari sebuah kampung kecil (tak igt nama, baca masa skola rendah dulu je) di luar kawasan Melaka, bukan dari kampung di Bukit Cina? Kalau tak silap ler..
shiry wrote on Jul 7, '07
my comment ni takde kena mengena dgn ur post...
am not racist tapi, heran sungguh...apa2 pun mesti nak dikaitkan dgn cina...sampai satay & curry pun org cina mengatakan dtg dari negara asal mereka.... apa2 pun mesti mereka sebut chinese celery, chinese cabbage, chinese herbs...etc...
shiry wrote on Jul 7, '07
tentang Hang Tuah berbangsa cina ni..susah nak terima sikit...
i really love reading his story masa zaman remaja dulu...
sharmcos wrote on Jul 7, '07
Mak Hang Tuah nama Dang Anum kan? Nama Cina ke tu? Bapa Hang Tuah nama apa yer, dah lupa.. Hang juga kalau tak silap
shiry wrote on Jul 7, '07
Hang Mahmud kalau tak silap
shiry wrote on Jul 7, '07
Dlm sejarah orang Melayu, Hang Tuah adalah anak kepada Hang Mahmud dan Dang Merduwati dari komuniti Orang Laut Bintan, satu daripada suku kaum Orang Melayu Asli....jgn melenting if tersilap..
sharmcos wrote on Jul 7, '07
Ya Orang Laut.. dah tentu orang Melayu tempatan, bukan pendatang dari China
kbakti wrote on Jul 7, '07
Bukan ke dalam Hikayat Hang Tuah disebut Hang Tuah berasal dari sebuah kampung kecil (tak igt nama, baca masa skola rendah dulu je) di luar kawasan Melaka, bukan dari kampung di Bukit Cina? Kalau tak silap ler..
"Hikayat Hang Tuah" & "Sejarah Melayu" menyebutkan Hang Tuah berasal dari Kampung Sungai Duyung di Melaka.. keluarga Mir pun asal Melaka & pernah melawat kampung tu.. Artikel ni hanya teori/pendapat dari seorang pengkaji.. benar tak benar.. Allah sahaja yg tahu..

Sebelum nie pun Mir pernah jumpa artikel lain yg berpendapat Hang Tuah & member2nya dari Champa (kerajaan Kemboja lama).. pendapat manusia kan pelbagai.. that's make life more interesting.. :)
shiry wrote on Jul 7, '07
barangkali ini setakat pandangan shahabudeen jalil tanpa menganalisa lebih terperinci..... pekara cam ni kadang2 boleh timbulkan tengkarah...
thanks mir for sharing this article....
have a nice weekend!
kbakti wrote on Jul 7, '07
shiry said
tentang Hang Tuah berbangsa cina ni..susah nak terima sikit...
i really love reading his story masa zaman remaja dulu...
Mir pun minat gak dgn keperwiraan Hang Tuah nie.. tapi dari aspek sikapnya.. sukar utk menerimanya sbg ikon hero Melayu.

(1) suka mengecewakan wanita-wanita utk kepentingan kariernya.. ie. Tun Teja (rujuk http://kbakti.multiply.com/journal/item/21 ) + Melor (wanita org asli yg dia jumpa masa perguruan di Gunung Ledang) + Puteri Gunung Ledang (lihat sipnosis cerita PGL)

(2) khianat pada setiakawan Jebat

Bab Hang Tuah berbangsa Cina nie.. pada Mir tiada masalah.. asalkan ada kemurniaan jiwanya.. sebab Imam Bukhari pun dipercayai berasal dari keturunan org Cina.. Nabi Zulkiflee pun dipercayai diturunkan pada umat bangsa Cina.. Wallahu'walam :)
kbakti wrote on Jul 7, '07
shiry said
my comment ni takde kena mengena dgn ur post...
am not racist tapi, heran sungguh...apa2 pun mesti nak dikaitkan dgn cina...sampai satay & curry pun org cina mengatakan dtg dari negara asal mereka.... apa2 pun mesti mereka sebut chinese celery, chinese cabbage, chinese herbs...etc...
yelah shireen.. dorang ada kelebihan ketamaddunan yg lebih awal dari ketamaddunan Melayu.. so apa pun dorang claimed their.. dorang kata roket.. bahan letupan.. semua dorang yg buat dulu.. he3.. so kita kenalah promosikan yg kita punya..

cakap pasal refleksologi nie.. dorang kata dorang punya.. tapi sbelum tau refleksologi.. org Mesir purba dah pandai refleksologi & bekam (spt yg di riwayat dlm hadis2 nabi)

promosi punya pasal.. sapa yg berminat khidmat refleksologi boleh ler contact my father :)
http://kbakti.multiply.com/journal/item/50
http://kbakti.multiply.com/reviews/item/8
Comment deleted at the request of the author.
shiry wrote on Jul 7, '07
kbakti said
1) suka mengecewakan wanita-wanita utk kepentingan kariernya.. ie. Tun Teja (rujuk http://kbakti.multiply.com/journal/item/21 ) + Melor (wanita org asli yg dia jumpa masa perguruan di Gunung Ledang) + Puteri Gunung Ledang (lihat sipnosis cerita PGL)
part yg bab "matair" dgn PGL ni....ini rekaan kan?...kat dlm buku2 yg shirin baca dulu..takde sebut pun pasal "matair" dia ialah PGL...
I never anggap dia sebagai Ikon....anyways, I prefer hang jebat...kekeke
shiry wrote on Jul 7, '07
kbakti said
yelah shireen.. dorang ada kelebihan ketamaddunan yg lebih awal dari ketamaddunan Melayu.. so apa pun dorang claimed their.. dorang kata roket.. bahan letupan.. semua dorang yg buat dulu.. he3.. so kita kenalah promosikan yg kita punya..

cakap pasal refleksologi nie.. dorang kata dorang punya.. tapi sbelum tau refleksologi.. org Mesir purba dah pandai refleksologi & bekam (spt yg di riwayat dlm hadis2 nabi)

promosi punya pasal.. sapa yg berminat khidmat refleksologi boleh ler contact my father :)
http://kbakti.multiply.com/journal/item/50
http://kbakti.multiply.com/reviews/item/8
ye lah mir....apa2 pun they claimed its their bla bla bla.... geram sungguh...
ooi dia...sempat mempromosikan business father dia eh.... Good Good :)
kbakti wrote on Jul 7, '07
anak bapak..hehe
Comment deleted at the request of the thread owner.
bungalalang wrote on Jan 17, '08
tumpang komen ya.. pernah terbaca juga bahwa Hang Tuah & rakan2 mmg asal dr negeri cina.. mereka diperintahkan oleh raja disana untuk menemani dan menjaga puteri Hang Li Po.. betul or tidak teori ni tak begitu pasti..
Comment deleted at the request of the thread owner.
saeidahab wrote on Jun 27, '08
very interesting eh.. tks for sharing..
kbakti wrote on Aug 29, '09, edited on Oct 16, '09
kbakti said
khianat pada setiakawan Jebat
Tuah vs Jebat (M.Amin-Nordin Ahmad version, 1961)







kbakti wrote on Aug 29, '09, edited on Aug 29, '09
kbakti said
khianat pada setiakawan Jebat
Tuah vs Jebat (P.Ramlee-Ahmad Mahmud version, 1956)



kbakti wrote on Aug 29, '09, edited on Aug 29, '09
kbakti said
khianat pada setiakawan Jebat
Tuah vs Jebat (Jamal Abdillah-Faizal Hussein version, 1989)



kbakti wrote on Oct 16, '09
zx22qw wrote on Feb 15, '10
how they really claim that their discovery are real.
trust me, there are many stories about the legend
and it still shrouded with mysteries
why must we happen to trust any treads that lead to racism
i don’t really care whether its chinese or any races or origins,
the thing is he served well for his country and had done his responsibilities.
and generation today quarrel about this.
what a prosperous manner to what he had wished to be done.

think wisely my friend
choose to be right for yourself
kbakti wrote on Feb 15, '10, edited on Feb 15, '10
zx22qw said
how they really claim that their discovery are real.
trust me, there are many stories about the legend
and it still shrouded with mysteries
why must we happen to trust any treads that lead to racism
i don’t really care whether its chinese or any races or origins,
the thing is he served well for his country and had done his responsibilities.
and generation today quarrel about this.
what a prosperous manner to what he had wished to be done.

think wisely my friend
choose to be right for yourself
thanks for ur comment..

my point of view is.. if something is not proven a fact.. it will just remain as theory.. that's how human knowledge has evolved.. from merely theory to a common acceptable facts..

nonetheless.. such articles is interesting to be shared & perhaps spurs intelligent discussion.. & hang tuah heroism happen to be a subject of my interest.. especially after reading Dr Kasim Ahmad's perspective of Hikayat Hang Tuah.. :)
kbakti wrote on Aug 3, '11
Dilema Filsafat:

Hang Tuah: “Tidak akan Melayu menderhaka kepada rajanya”

Hang Jebat: “Buat baik berpada-pada, jika jahat jahat sekali”.. “Raja adil raja disembah, raja adil raja disanggah”
Add a Comment