Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH

diMeNsi Ku ~ mY diMeNsiOn v3.04

Hari ini Khamis, 15hb Mei 2008, tersirat dlm lipatan sejarah.. lahirnya negara Israel pada tanggal 14hb Mei 1948, lantaran keputusan British & PBB pada Nov 1947, utk membahagikan wilayah Palestin pada warga Yahudi & pada tahun berikutnya tertubuhlah negara Israel.

Tetapi bagi warga Palestin, 14hb Mei 1948 adalah hari dimulainya pengusiran mereka, yg diingati sebagai Al-Nakba (Bencana).

Penjajah British yg mula menawan Palestin pada tahun 1917, telah membuat penghijrahan warga Yahudi secara sistematik membanjiri wilayah Palestin, kemudian mengundurkan tentera & pemerintahannya ke atas Palestin secara terancang, apabila negara Israel yg merdeka diistiharkan secara rasminya pada 15hb Mei 1948.

Setelah menguatkan kedudukannya 20 tahun di Palestin sejak 1948, pada tahun 1967, Israel menyerang & menawan Bukit Golan (milik Syria), Tebing Barat (milik Jordan) & Gaza (milik Mesir) & masih mencengkamnya sehingga ke hari ini.

Berbagai sidang damai diadakan dari dulu hingga kini, namun isu warga Palestin utk kembali ke tanahair mereka, isu Golan (milik Syria), Tebing Barat (milik Jordan) & Gaza (milik Mesir) sedikitpun tidak dihiraukan oleh Israel.

Selepas 30 tahun penubuhannya utk membebaskan Palestin, PLO akhirnya berdamai & mengiktiraf Israel dlm Perjanjian Oslo 1993 tanpa mendapat apa-apa pulangan selain elaun bulanan dari Amerika & Eropah.

Warga Palestin beralih kepada HAMAS yg masih utuh dgn prinsip membebaskan Palestin. Dlm Pilihanraya Umum Palestin 25/01/2006, HAMAS menang lalu Israel, Amerika, Eropah, beberapa Negara Arab/Islam mengikut arahan Barat mengadakan sekatan minyak, makanan, kewangan & sebagainya terhadap 1.5 juta warga Palestin hingga ke hari ini sebagai hukuman kerana memilih HAMAS utk memimpin mereka dlm proses Demokrasi yg sering dilaungkan Barat.

------------------------------------------------------------------------------------------

Fakta Israel ~ Palestin


 


 


  • Semenjak 29hb Sep 2000, seramai 4,719 rakyat Palestin terkorban berbanding hanya 1,044 rakyat Israel. Seramai 32,213 rakyat Palestin cedera manakala hanya 6,845 rakyat Israel yg cedera.
  • Sepanjang 2007, Amerika Syarikat telah membelanjakan lebih $6.8 Juta sehari utk Israel & hanya $0.3 Juta sehari utk rakyat Palestin. Bantuan utk Palestin daripada Negara Islam ??
  • Setakat ini hanya 1 orang warga Israel ditahan di Palestin sementara 10,756 warga Palestin di tahan di Israel.
  • Sebanyak 18,147 rumah awam Palestin telah dirobohkan oleh rejim Israel, sementara tiada rumah awam Israel dirobohkan oleh Palestin.
  • Sehingga kini Israel telah berjaya membina 223 penempatan eksklusif Yahudi di tanah Palestin yg dirampas.
  • Israel telah dihukum oleh lebih daripada 65 resolusi PBB, namun tetap tidak merubah kerakusannya kerana dilindungi oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Russia, Britian & Perancis 

------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini, Israel juga mahu dunia melupakan yg wilayah bernama Israel dahulunya adalah wilayah milik Palestin ribuan tahun. Mereka yg kini mempunyai ketenteraan yg gagah meraikan 60 tahun kewujudan sebuah negara teroris sambil terus menafikan hak rakyat Palestin utk sebuah negara sendiri.

Rejim Zionis tanpa malu & segan telah membina tembok pemisah gergasi yg terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yg menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yg terbesar di dunia.


Kini 60 tahun (6 dekad) telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat & negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis, meskipun fakta-fakta sejarah, kemanusiaan & undang-undang antarabangsa amat memihak kepada rakyat Palestin yg berhak memiliki ketuanan & kedaulatan di bumi mereka sediri.

Bumi Palestin adalah tanah yg mulia utk seluruh umat Islam kerana di situlah letaknya Masjid Al Aqsa yg merupakan qiblat pertama umat, tempat berlakunya peristiwa Isra & Mi'raj, Tanah Suci Umat Islam Yg Ke-3 yg juga merupakan bumi para Nabi.

Isu Palestin bukanlah sekadar isu utk warga Palestin atau warga Arab sahaja. Bahkan isu ini adalah isu penting yg berkaitan dgn keimanan utk semua umat Islam di seluruh dunia.

Sabda Rasulullah (s.a.w.)

"Siapa yang malamnya berganti siang tanpa memerhatikan urusan umat Islam, ketahuilah ia bukan seorang Islam"

(HR Bukhari & Muslim)

____________________________________________________________

..ternyata seorang penyair tidak harus terpisah.. dari menalarkan refleksi yg tidak melalaikan.. serta menginsafkan diri..

“Dan penyair itu, diturut oleh golongan yang sesat tidak berketentuan hala. Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)? Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya? Kecuali orang-orang (penyair) yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu) dan mereka (penyair) pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka (penyair) membela diri sesudah mereka (penyair) dianiaya dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali”
 

(Surah As-Shuara, 26:224~227)

____________________________________________________________________

Salam Sembilu Kisikan Terkilan
 

i.
bukan aneh andai bisa dipertemukan –
lewat kemesraan mengumpan di dada
menyelimut-rapi prasangka & perbezaan
di meja runding bukan di birai neraka.
sesiapapun bisa kebingungan pasti
lewat realiti pelbagai nan sukar dimengerti
lantas tajallikanlah kisikan  kedamaian
biar pada istilah ‘salaam’ mahupun ‘shalom’.

ii.
labil sonder terhurai maknawi keamanan
tika berdiplomasi lunyai keluhuran
sonder memfigurakan resolusi jitu pasti.
atau sejarahkah nan kali-berkali
tersangat edan menanam sembilu
meruncing dendam & amarah;
tika maruah & janji masih dinodai
tika ideologi menemukan kontroversi
tika sengketa menjadi segumpal api,
lantas membakar reranting zaitun
menginai merah di pelaminan darah. 

iii.
bukan aneh andai masih bisa bertemu –
merobohkan tembok persengketaan
nan telah menjarakkan persaudaraan
lantas prasastikan lutsinar keamanan
demi peradaban nan terkilan bahagia.
 

Berita Minggu, 7.11.93



diMeNsi PuiSi ~ pOeTiCaL diMeNsiOn

____________________________________________________________________

Related Poetry

http://kbakti.multiply.com/journal/item/210/Refleksi_Puisi_Bulat_Buih


18 CommentsChronological   Reverse   Threaded
mentimon wrote on May 16, '08
kbakti said
Isu Palestin bukanlah sekadar isu utk warga Palestin atau warga Arab sahaja. Bahkan isu ini adalah isu penting yg berkaitan dgn keimanan utk semua umat Islam di seluruh dunia.
apakan daya, tangan mereka2 yg sepatutnya berkuasa menghentikan ini semua seperti terikat dengan rantai kesenangan dunia yg juga mengabui mata mereka2 itu
jahmujahadah wrote on May 17, '08
Salam,

akhi, saya dapati isu ini jauh dari hati warganegara ini...

Terima kasih berkongsi!
Jazakallah!

Wassalam...
kbakti wrote on May 24, '08
Salam,

akhi, saya dapati isu ini jauh dari hati warganegara ini...

Terima kasih berkongsi!
Jazakallah!

Wassalam...
Terima kasih berkongsi pendapat.. Meminjam wacana anda sendiri dlm suatu ruang yg lain.. anda pernah menyatakan, "..saya kan kekal dengan puisi-puisi lantunan dalaman yang berbentuk falsafah.."

Bertolak dari premis di atas.. saya yakini.. puisi sbg suatu bentuk pengucapan dari lantunan dalaman lagi berfilsafat.. pasti akan menyentuh hati setiap warga.. apa pun jua isu yg digarap..

Misalnya sesebuah puisi yg digarap dari refleksi visual tentang isu palestin.. namun filsafat yg melantun dari dalam sosok puisi tersebut.. sebenarnya lebih dari itu.. baik tentang penjajahan dari bentuk yg lain.. baik tentang ketidak-adilan dlm bentuk yg lain.. atau apa2 pun.. kerana itulah sifat pengucapan puisi yg berbeza dari ungkapan prosa..

Meminjam wacana anda sekali lagi "saya sedang memilih medan yang terbaik sekarang ni, insyaAllah, supaya ada manfa'at tertinggi buat ummah..."

Saya pun begitu jua.. salam nadwah sastera :)
kbakti wrote on Jan 8, '09
sengketa Israel-Palestin telah menjangkau lebih 60 tahun tika terlahirnya sebuah negara Israel pada tahun 1948..

dan telah lebih 15 tahun refleksi ini menalar pada puisi di atas.. tika pada 1993 terhurai perjanjian Oslo yg dipelopori PLO sekaligus menjanjikan sekilas harapan perdamaian..

dgn perkembangan yg berlaku akhir2 ini.. harapan perdamaian ini mungkin tinggal.. kisikan terkilan.. kerana meskipun Israel akan berjaya menghancurkan HAMAS dgn sokongan kuat sekutu utamanya AS.. ia cuma bakal melahir lebih banyak serpihan perjuangan bak sembilu.. yg tentunya lebih sukar ditangani..
jahmujahadah wrote on Jan 12, '09
Salam,

minta izin disalin puisi ini ke laman saya... saya ingin mengumpulkan beberapa kuntum puisi dari Singapura dan Malaysia disana...
kbakti wrote on Jan 13, '09
Salam,

minta izin disalin puisi ini ke laman saya... saya ingin mengumpulkan beberapa kuntum puisi dari Singapura dan Malaysia disana...
silakan.. inisiatif itu dihargai.. :)
jahmujahadah wrote on Jan 13, '09
Jazaakallah! Saya sudah letakkan juga "barcode" hakcipta :D :D :D
shasel wrote on Jul 28, '09, edited on May 21, '11
kbakti wrote on Jul 28, '09, edited on Jul 28, '09
wow.. this is deep bro.. thanks for sharing..
kbakti wrote on Aug 31, '09, edited on Aug 31, '09
A quick tour to learn & understand The Middle East History in 3 minutes..



shasel wrote on Aug 31, '09, edited on Aug 31, '09
hey hey, Melayu bila nak control, eh?
mungkin Empayar Melayar boleh
Melayu susah sikit, sebab dah cair... ;-)

Viva Melayar!
kbakti wrote on May 21, '11
Sami Yusuf ~ Palestine Forever
kbakti wrote on May 21, '11
Sami Yusuf-Outlandish ~ Try Not To Cry
kbakti wrote on May 21, '11
Maher Zain ~ Palestine Will Be Free
kbakti wrote on May 25, '11, edited on May 25, '11
Pranala : Al-Nakbah
kbakti wrote on May 27, '11, edited on May 27, '11
how it has evolves..
Add a Comment